Tuaian hari ini: tomato ceri
Alhamduliillah ...pokok tomato ceri mula menghasilkan buahnya..tak ingat pula daripada jenis apa...benih ini diperolehi daripada en. Iskandar ..daripada blog tanam sendiri.com. Aku ada tanam 6 pokok tomato....daripada keenam2 pokok, hanya pokok tomato ini yg berbuah lebat..kemungkinan besar adalah kerana aku tanam carrot sekali bersama2 dgn pokok tomato ini dalam satu bekas..hasilnya pokok tomato menjadi subur walaupun terdedah pada panas matahari. Selain itu, se sekali aku siram kan tanah dgn bokashi tea yg terhasil daripada bokashi composting yg aku cerita kan pd entry yg lepas.
Oopppsss....tomato ni daripada pokok yg lain...juga x ingat daripada jenis apa.
Comments
Post a Comment