Perkembangan : honey rockmelon

Salam bahagia rakan-rakan blogger..hari ni aku teringin nk update mengenai projek rockmelon yg aku tanam dalam polibag beberapa minggu yg lepas. Ini merupakan kali pertama tanam rockmelon, mmg takde pengalaman langsung.  Aku ada google di internet, kebanyakan org tanam di atas tanah,di kawasan yg luas. Yg ada tanam di dalam polibag kebanyakannye menggunakan sistem fertigasi. Memang subur sangat pokoknya..daun pun besar2.

Aku memilih untuk menanam secara organik. Maknanya tanpa baja kimia, hanya menggunakan baja kompos  buatan sendiri dan juga bokashi tea yg terhasil daripada bokashi composting. Apa yang aku faham tentang tanaman rockmelon ni...daunnya tidak boleh kena hujan atau pon siraman yg banyak..Nanti terbantut pertumbuhannya. Sebab itu lah aku tanam dalam polibag dan letak kan di bawah porch kereta. Terlindung daripada hujan dan pada yg sama mendapat cahaya yg penuh pd waktu siang. Alhamduliillah sudah kelihatan bunga2 betina di setiap pokok. Aku juga telah membuat trellis untuk pokok ini memanjat. Hahahah.1st time buat, x pastila kuat ke tidak tali tu. Daripada 5 pokok yg ditanam..ada satu pokok yg sudah berbuah. Asalnya ada 2 berbuah pd pokok itu, tapi aku tinggal kan satu sahaja buah pd pokok. Dgn harapan dapat hasil kan buah yg besar ...




Kuat ke tidak trellis ni?




Nampak tak bunga betina..yg belah bawah bunga tu bakal jadi buah.





Bunganya dah layu, tapi bahagian bawah mula menggemok.




Sang lebah leka menghisap nektar





Dah habis, dia pon terbang ke bunga yang lain.





Buah rockmelon mula terbentuk.



Comments

Popular posts from this blog

Bokashi Composting

Penjarangan anak benih