Bokashi Composting

Assalamualaikum... dan Salam sejahtera ..dah lama rasenya aku tak update blog.. Terlalu sibuk menguruskan anak2. Dgn persiapan sekolah lagi, dan baru je balik dr kampung. Hari ni adalah hari ke dua persekolahan.  Dah mula rasa lega sikit..barulah teringat nak bukak blog.

Jadi hari ni aku nak cerita tentang bokashi composting. Aku baru je Minggu ni start buat kitchen waste composting dgn mengunakan bokashi.. Bokashi ni sebenarnye adalah kaedah pembuatan kompos dengan menambahkan mikroorganisme (EM) ke dalam sisa makanan dapur. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan pengomposan dan yang pentingnye ianya tidak mengeluarkan bau yang busuk. Org Jepun yg memperkenalkn EM teknologi ni pada thn 1980an. Nama nye ialah Prof  Dr. Teruo Higa.

EM : Effective Microorganisme


Effective Microorganisms (EM) ialah  'bakteria baik’ hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada dalam sistem tumbesaran. EM adalah kultur campuran Bakteria asid laktik, Bakteria fotosintetik, Kulat penapaian dan Yis yang baik digunakan dalam sektor pertanian, perternakan, perikanan, pengomposan, rawatan bau, rawatan air, kegunaan isirumah, produk kesihatan, rawatan sisa buangan, rawatan tanah, pembersihan dan lain-lain.
EM ini membawa kepada wujudnya pesekitaran alam semulajadi yang stabil (neutral) dan sesuai kepada semua kehidupan.




Fungsi dan kebaikan Bakteria


Mengikat nitrogen di atmosfera.
Penguraian/pereputan bahan organik dan bahan buangan
Menghalang patogen-patogen jahat yang ada dalam tumbesaran
Mengitar semula dan menambah kehadiran nutrient dalam tanaman
Mengurai dan Memusnahkan sisa-sisa toksik dari penggunaan racun rumpai dan serangga
Pengeluaran antibiotik dan bahan-bahan bioaktif lain
Menukar/Mengeluarkan molekul organik yang ringkas dan mudah diambil oleh tanaman
Melarutkan bahan tak larut untuk sumber nutrien
Pengeluaran polisakarida untuk menyuburkan tanah dan memperbaiki struktur tanah



Kebaikan EM dalam bidang pertanian

Menggalakkan pertumbuhan, pembungaan,buah,dan kemasakan dalam tanaman
Memperbaiki secara fizikal,kimia dan biologikal persekitaran tanah dan menghalang patogen-patogen tanah dan serangga.
Memperbaiki aktiviti fotosintesis pada tanaman
Memastikan pertumbuhan pucuk dan tanaman
Meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja
Membina ketahanan tanaman dari penyakit 



Bokashi kit set ini terdiri daripada bekas untuk menyimpan sisa makan dan juga bokashi mix powder. Apa yg perlu aku buat ialah setiap sisa makanan yg biasanye aku buang je ke dlm tong sampah, aku kumpulkn. Lps siap mkn mlm, slps sisa mkn terakhir di kumpulkn, aku masukkan ke dlm tong khas yg kedap udara. Selepas itu aku taburkan dgn bokashi powder pd setiap 3-4 cm lapisan sisa. Terus tutup.. Aktiviti ini diteruskn sampaila tong penuh.selama sisa makan berada dlm tong, terjadi proses pemerapan ataupun pickling process. Dalam proses ini, terhasil juga juice yg di panggil bokashi tea. Ianya sgt bermanfaat. Setiap 3-4 hari,kita ambil bokashi tea, cairkn dgn air tanpa klorin, semburkan pada tanaman..mmg subur jadinya. Banyak lagi faedah bokashi tea ni. Nantila aku cerita pd update seterusnye.




Inilah dia tong khas untuk menyimpan sisa dapur. Tong ni mesti airtight.



Bokashi mix powder





Sisa dapur yg telah dikumpulkan.




Taburkan dulu dgn bokashi powder.




Masukkan sisa makanan ke dalam tong






Taburkan bokashi powder pada setiap 3-4 cm lapisan sisa makanan.


Comments

  1. Assalamualaikum . Boleh saya tanya di mana Bokashi powder tu boleh dibeli? Tk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penjarangan anak benih