Posts

Showing posts from 2013

Mike The Gardener : seeds of the month club

Image
Assalamualaikum dan Salam sejahtera rakan2 blogger..dah lama sangat rasanye x update blog..Dalam  dua Minggu tanpa sebarang update ni kerana cuaca yg sejuk dek musim hujan, banjir di kemaman dan paka., aktiviti berkebun pon tergendala.. Tanaman yg baru nk membesar byk jugak mati dek krn hujan yg x berenti.  Alhamduliillah ..nasib baikla tanaman tomato ,cili, ade satu dua pasu sayur bayam, sawi dan kobis cina yg survived. Banyak sebenarnye perkara yg nk diceritakan..tapi harini aku nk cerita pasal seeds of the month club..ooo yeahhh.......sebenarnye sbln lps aku ade subscribe for one yr membership club ni. Kalau korang pernah dengar tentang mike the gardener ..dia lah owner business ni..tgh dok belek2 blog dia, www.averagepersongardening.blogspot.com, aku ternampak diorang buat promosi 50% discount untuk 1 year membership sempena dgn Black Friday. Jadi aku pon mcm wow...bestnye..nak pulak time tu mmg tgh berkobar2 semangat nk bercucuk tanam..boleh sgtla pd perkiraan aku.. Meh...

Companion Planting

Image
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Sudah beberapa hari ni hujan lebat tak berenti. Ade sesetengah kawasan dah mula banjir. Halaman rumah saya mula bertakung air sana sini.  Nampaknye projek berkebun terpaksa direhatkan sekejap sehingga cuaca hujan reda. Hari ini saya mahu kongsikan bersama pembaca semua mengenai companion planting.. Ia bermaksud jenis tanaman yang berbeza yang di tanam bersama2 dan saling memberi faedah antara satu sama lain. Dengan adanya dua atau lebih jenis tanaman ini dapat menggalakkan pertumbuhan atau pun sebagai insect repellant plant. Contohnya saya pernah terbaca mengenai pokok basil yang sangat bermanfaat di tanam dgn tanaman sayuran kerana ianya dapat bertindak menghalau serangga perosak daripada mendekati tanaman yang berhampiran. Untuk lebih faham, di sini saya ingin berkongsi carta companion planting. Diperolehi daripada  www.averagepersongardening.com.

Pokok Bunga : winter sonata

Image
Sudah mula mengeluarkan kudup bunga..cantikk sangat.

Terung oh terung

Image
Assalamualakum.. Entry kali ni adalah tentang tanaman terung yg aku cuba semai. Antara jenis terung tersebut ialah terung black enorma, terung tangkai purple, terung black beauty dan juga terung bulat . Hanya terung black enorma Sahaja yg sudah bercambah.. Yang lain macam senyap je...ishh..merujuk ke?? Aku semai pada 19 nov. Hari ni dah 30 nov...dah sebelas hari dah ..aiyoo..

Roselle

Image
Pokok roselle antara tanaman yg cepat sekali bercambah. Hari ni aku semai, esok dah bercambah..mungkin antara tanaman yg senang nak di jaga kot.. Gambar dibawah adalah yg terkini..baru je Tadik aku snap..umurnye sudah memasuki hari ke Lima. UPDATE: 2 Feb 2014 Mula mengeluarkan bunga

Update : sawi cut flower, kobis cina

Image
Assalamualaikum .sedikit update utk sawi dan kobis cina.sudah berusia  2 Minggu. Antara 2 sayur ni, nampaknye sawi yg paling cepat tumbesarannye. Sawi cut flower usia 2 minggu Kobis cina berusia 2 Minggu 

Pokok tomato terkulai dipukul ribut

Image
Assalamualaikum..selamat berhujung minggu..hari ni aku nak cerita tentang kejadian semalam. Malang menimpa anak2 pokok tomatoku. Kesemuanye melentok jatuh ke bumi..huhuhu...Sekarang sudah   hampir memasuki musim tengkujuh di terengganu.  Angin pon dh mula bertiup kencang. Boleh dikatakan hari2 hujan di sini.  Aku agak risau juga dgn nasib tanaman Ku yg baru2 nk membesar. Tapi takpelah...kalau Ada rezeki, dapatla aku tuai..kalau x berjaya..cuba lagi..ye tak? :) Jadi aku pon usahakanla cari batang lidi dan pancangkan pd pokok tomato sebagai sokongan. Tadi masa aku melawat ke tapak kebun, aku tgk nampak segar balik pokok tomato. Alhamduliillah.

Penjarangan anak benih

Image
Assalamualaikum ..pagi ini dalam aktiviti berkebun, aku telah jarakkan sayur2 yg baru dipindahkn ke pasu beberapa hari yang lepas. Sepatutnye kena buat penjarangan ni waktu nk pindahkan ke dlm pasu tempoh hari..tapi aku x buat..almaklumlah..saye budak baru belajar..huhuhu. Aku ada terbaca kat blog ummuaidan..daripada blog aku di Fiji island ..dia kata masa nk pindahkan anak2 sayur tu..kena buat penjarangan..iaitu..jarakkan satu pokok dgn pokok yg lain...supaya bagi cepat tumbesaran..katanye lagi ambil masa 40 hari sblm sayur boleh dituai.. Contoh sawi n pak choy. Satu lagi perkara yg aku baru tau..nak tanam tu kena tanam sekali batang dan akar.  Aku tanam akar aje,jadi  tinggi la sayur2 tu..aku pon mcm musykil rupenye mcm pelik..sampaila aku tanye ummuaidan..jadi hari ni operasi aku ialah korek balik sayur tu dan buat penjarangan. Kemudian aku tanam sekali dgn batang dan akar. Jadi inilah rupe sayuran aku lepas di operasi..kalau ade yg x betul cara aku menanam,, silala kom...

Bayam Merah Autumn

Image
Assalamualaikum. Serba sedikit update tanaman bayam Merah 788 autumn. Seperti biasa biji benih di beli daripada en Iskandar  jomtanamsendiri.com. Hampir kesemua biji yg disemai bercambah. Ini membuatkan aku bertambah semangat utk berkebun. Biji benih disemai pd 18 November , bercambah 2 hari kemudian. Drpd bekas semaian ke dalam pasu

Tomato ceri

Image
Assalamualaikum...sambil rehat2 ni,,aku nk update mengenai tanaman tomato yg aku semai baru2 ni. Alhamduliillah stlh 4 hari semai, akhirnye bercambah juga bijinye. Ada tomato ceri season red, tomato tropicanal ruby, tomato ceri season dan tomato ceri king cup. Aku biarkan aje dulu dlm kotak semaian (kotak milo hehehe) sehingga 2 Minggu sblm pindahkan ke dalam pasu. Harap2 menjadila ye.

Jom jalan2 tengok pokok

Image
Assalamualaikum ...selamat pagi semua..hahahaha..sekarang ni acara wajib tiap2 pagi turun ke tanah belek tanaman di sekeliling rumah. Antara kerja yg dpt aku siapkan pagi ni ialah isi tanah ke dlm pasu n polibeg..then bubuh pulak baja,gaul2 sampai sebati, akhir sekali siram tanah tu..setelah aku buat pembacaan barulah aku tahu kena buat mcm tu sebelum diletakkan benih atau anak pokok...memang sejak dua menjak ni cukup rajin aku kemas2 Kat halaman rumah...kalau dr dulu mcm ni...kan bagus...misti dh penuh dgn tanam tanaman di rumah..hihihi Sementara nak tunggu sayur2 yg baru bercambah tu besar , meh aku tunjuk pokok dan tanaman yg dh lama aku tanam Kat rumah ni. Pokok longan yang tengah lebat berbuah. Ade 2 pokok sebenarnye. Pokok manggis, usia melebihi 5 tahun tapi tak pernah berbuah :( Pokok markisa Pokok laici, di tanam daripada biji benih. Pokok cekur. Pokok kunyit dan pokok limau purut.

Hari pertama berblogging

Assalamualaikum...  Hari ni merupakan coretan pertama aku di dalam blog ni. Tujuan utama aku berblogging adalah untuk mencatat aktiviti harian aku berkebun. Sebenarnya aku baru je menceburi aktiviti berkebun ni..punyela fikir ape nak buat selain drpd menguruskn anak2 n suami. Tiba2 dpt idea utk bercucuk tanam stlh melihat hasil tanaman drpd rakan2 blog yg lain. Rasenye ade dkt sethn kot x Belek pokok2 bunga Kat luar rumah ni..dah teruk sgt rupenye. Berbekalkn dgn azam baru ni, aku kemas balik halaman rumah, buang pokok2 yg dh x berapa nk hidup. Kosongkn pasu yg dh x digunakan. Dlm pada masa yg sama start beli benih2 pokok secara online. Byk jugakla aku borong..yg paling byk beli Kat en Iskandar drpd blog jomtanamsendiri.com. Dalam masa 2 Minggu ni, aku giat menyemai biji benih. Antaranya sayur sayuran jenis bayam, sawi,kobis cina , kobis bunga, aneka cili dan tomato, terung, kangkung, roselle, bunga telang.banyak nyee,...harap2 takdela hangat2 tahi ayam..hihiihihi..Nanti aku Ak...